By Luciola Eberta Jovita. Powered by Blogger.
RSS

Welcome to my Blog


 
Assalamu alaikum warahmatullahi wabarokatu,
Welcome to my Blog
Ayutiawati Notokusumo/Luciola Eberta Jovita,
May Allah bless us and be with in the way of faith.













O you who have believed,
seek help through patience and prayer. Indeed,
Allah is with the patient.
[2:153]





"Sufficient for me is Allah ;  
there is no deity except Him. On Him I have relied,
and He is the Lord of the Great Throne." [9:129]




So remember Me; I will remember you. 
And be grateful to Me and do not deny Me. [2:152]




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Masuk Neraka pun Tetap Bersyukur



Diriwayatkan pada sebagian kitab Allah swt: Bahwa Jibril as,  sedang turun ke bumi. Lantas ia melihat sosok lelaki yang memiliki pancaran ketenangan. “Betapa hebat lelaki ini,” kata Jibril.

Kemudian Allah Ta’ala berfirman pada Jibril, “Hai Jibril! Lihat namanya di Lauhul Mahfudz yang berderet dengan nama-nama ahli nereka!”
“Tuhanku, lalu apakah semua ini?” Tanya Jibril.
“Hai Jibril! Sesungguhnya Aku tidak diminati pertanggungjawaban apa yang Kulakukan, dan tak seorang pun tahu dari semua makhlukKu apa pun  PengetahuanKu, kecuali yang Aku kehendakinya…” jawab Allah Ta’ala.
“Oh Tuhan, apakah Engkau meberi izin padaku untuk memberi informasi atas apa yang aku ketahui?”
“Silakan, engkau dapat izin…” jawab Allah Ta’ala.


Jibril as lalu turun ke bumi memberi khabar apa yang sesungguhnya terjadi dan bagaimana situasi sebenarnya yang menimpa orang itu. Tiba-tiba orang itu malah bersujud, sembari bermunajat, “Bagimulah segala puji wahai Tuhanku atas ketentuanMu dan takdirMu. Pujian yang melebihi pujian orang-orang yang memujiMu, dan semakin tinggi dibanding syukurnya orang-orang yang bersyukur.”
Orang itu terus memuji Allah Ta’ala hingga Jibril as menduga bila orang tadi tidak mendengar apa yang telah disampaikan.
“Hai hamba Allah, apakah kamu mendengar apa yang kuucapkan?” Tanya Jibril as.
“Ya, aku mendengar. Engkau memberi kabar bahwa engkau telah mendapatkan diriku berada diantara deretan daftar ahli neraka di Lauhul Mahfudz sana…”

“Lalu kenapa masih saja memujiNya dan bersyukur padaNya?” Tanya Jibril penasaran.
“Subhanallah wahai Jibril! Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menentukan dengan sepenuh kesempurnaan ilmuNya, dan keluasan rahmat dan kasihNya, dengan kelembutan RububiyahNya, serta hakikat hikmahNya. Lalu apalah artinya aku sampai aku tidak rela? Maha Berkah Allah Tuhanku….”
Lalu orang itu sujud kembali, dan terus menerus bertasbih dan bertahmid.
Kemudian Jibruil as, kembali kepada Allah Ta’ala.

Allah Ta’ala berfirman pada Jibril, “Kembalilah ke Lauhul Mahfudz, dan lihatlah apa yang bakal kau lihat….”
Jibril kembali ke Lauhul Mahfudz, tiba-tiba nama orang tersebut berderet dengan daftar nama-nama ahli syurga.
Allah Ta’ala berfirman, “Hai Jibril! Itulah yang kau lihat, Aku tidak diminta  pertanggungjawaban apa yang Aku lakukan.”

“Ya Tuhanku, izinkah aku untuk memberi kabar apa yang kulihat.”
Allah Ta’ala berfirman, “Silakan engkau mendapat izin…”
Lalu Jibril turun dan memberi kabar apa yang dilihat di Lauhul Mahfudz.
Betapa mengejutkan lelaki itu tetap saja sebagaimana semula bermunajat: “Ilahi, bagiMu-lah Puji wahai Tuhan atas qodlo’ dan qodarMu, pujian yang  melebihi pujian orang yang memuji dan syukur yang melebihi syukurnya orang yang bersyukur.”
Lalu Jibril kembali dengan penuh kekaguman atas kesempurnaan ridlo orang itu kepada Allah Ta’ala atas apa pun hukum dan aturan yang diberlakukan padanya..

Ahli Neraka Yang Terampuni
Begitu juga sebuah riwayat, bahwasanya Allah Ta’ala memberikan wahyu kepada salah satu NabiNya: “Hendaknya engkau katakan pada hambaKu Fulan bin Fulan, “bahwa kamu ahli neraka..”
Ketika risalah itu sampai kepada si fulan itu, ia justru memuji Allah Ta’ala.  “Alhudulillah atas apa yang telah ditentukan padaku. Perkara adalah perkaraNya, dan hukum adalah hukumNya.”
Allah Ta’ala berfirman kepada NabiNya, “Temui sekali lagi, dan berikan kabar padanya bahwa Aku telah mengampunimu  sepanjang ia rela atas ketentuanKu.”
Kemudian risalah Ilahi itu disampaikan pada fulan tersebut, lalu ia menjerit dan berakhir dengan kematian.


Sources: http://www.sufinews.com/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Polemik Imam Mahdi




DALAM artikel bertajuk Siapa Imam Mahdi? boleh memberi ruang yang kepada ajaran sesat kerana penulisnya, Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor telah menyatakan dalam kesimpulannya, 'kemunculan Imam Mahdi bukanlah sesuatu yang berupa prinsip di dalam Islam. Ia boleh diterima atau ditolak, iman tidak bertambah atau berkurang semata-mata kerana kepercayaan Mahdi.''

Daripada kenyataan ini, menunjukkan bahawa Dr. Abdul Hayei menyetujui pendapat yang mengatakan bahawa persoalan Imam Mahdi adalah khilafiah. Pendapat sebegini sama seperti pendapat golongan al-Arqam dahulu.

Secara tidak langsung Dr. Abdul Hayei telah bersekongkol dengan hujahan al-Arqam yang mana telah diharamkan oleh kebanyakan keputusan fatwa di Malaysia.

Perlu diingat, persoalan Imam Mahdi adalah perkara iktikad yang mesti dipercayai oleh umat Islam. Untuk membuktikan pendapat Dr. Abdul Hayei bertentangan dengan keputusan fatwa maka di sini saya petik keputusan Jamaah Ulama MAIK sebagai berikut:- ''Setelah mengkaji dan berbincang dengan panjang lebar, maka Jamaah Ulama bersetuju manfatwakan seperti berikut:-

* Orang Islam sayugia beritikad lahirnya Imam al-Mahdi lagi akan datang.

* Imam yang dimaksudkan itu berupa khalifah yang memerintah dunia.

* Imam al-Mahdi adalah daripada keturunan Rasulullah s.a.w yang akan dibai'ahkan di antara rukun Hajarul-aswad dan Makam Nabi Ibrahim.

* Tentang di manakah duduknya Imam al-Mahdi itu, hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui.''

Keputusan fatwa bukan dibuat mengikut sesuka hati tetapi disepakati Jamaah Ulama pada ketika itu, sering dipengerusikan oleh al-Mufti al-Qari al-Musnid al-Muhaddis Muhammad Nor bin al-Mufti Ibrahim di samping Ustaz Ismail Yusof, Haji Hasan Mentuan, Tuan Guru Haji Abdurrahman Sungai Durian (1923-88), Tuan Guru Haji Abdullah Lubok Tapah, dan lain lain.

Keterangan tentang Imam al-Mahdi boleh juga didapati seperti Fawa'id al-Fikri Fi Imam il-Mahdi karya Syaikh Dawud al-Fathani, manuskrip ini dimiliki oleh Ustaz Wan Mohd. Shaghir.

Perkara ini telah ditimbulkan oleh Ashaari Muhammad ketika beliau memimpin al-Arqam dan pergi bermuzakarah dengan Tuan Guru Haji Abdullah (bekas guru di Masjidil Haram Makkah (1950-an), Ahli Fatwa Kelantan dan Dewan Syura MAIK) di mana Tuan Guru Haji Abdullah tetap menegaskan bahawa Imam Mahdi adalah perkara iktikad dan bererti tidak boleh dibuat main-main untuk berijtihad dengan diberi kepada sesiapa yang disukai manakala golongan al-Arqam tetap menegaskan Imam Mahdi adalah perkara khilafiah yang boleh diijtihadkan kepada sesiapa.

Atas dasar inilah al-Arqam berijtihad bahawa Syaikh Suhaimi sebagai Imam Mahdi. Perkara ini turut saya sebut dalam buku saya yang bakal terbit bertajuk: Pegangan Sejati Ahli Sunnah Wal Jamaah: Suatu Kemurnian Dan Keluhuran Pegangan Hidup. Buku ini telah disemak dan disahkan oleh Tuan Guru Hj. Hashim, Tuan Guru Haji Abdullah, Ustaz Abdul Aziz Andik Achuk (ahli fatwa Selangor), Datuk Ambak (ahli fatwa Negeri Terengganu) dan beberapa orang lagi.

Seandainya, pendapat Dr. Abdul Hayei dimenangkan maka pendapat al-Arqam turut sama menang sedangkan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah mengisytiharkan bahawa pegangan al-Arqam adalah sesat dan terkeluar daripada Ahli Sunah. Gejala sebegini akan memberi kekeliruan kepada umat Islam di Malaysia.

Nampaknya, Dr. Abdul Hayei berlagak pandai dengan minat berpendapat sendiri-sendiri dengan tidak mengambil peduli keputusan fatwa dan jumhur ulama sepanjang zaman.

Perkara subahat tentang Imam Mahdi telah dimulakan oleh Ibnu Khaldun dalam kitabnya bertajuk al-Muqaddimah.

Kenyataan Ibnu Khaldun turut ditentang daripada golongan Mazhab Maliki sendiri seperti Syaikh Muhammad al-Arabi. Ibnu Khaldun bukan termasuk di kalangan ulama hadis. Oleh itu, kata-kata beliau tidak wajar dijadikan hujah. Ini kerana al-Quran dan al-hadis menyarankan agar sesuatu persoalan dijawab oleh yang pakar di bidang berkenaan sahaja.

Kenyataan Dr. Abdul Hayei yang lagi dangkal ialah ''Banyak hadis yang tidak dapat difahami dengan betul pada suatu ketika dahulu kerana kecetekan ilmu, tetapi kini ia difahami dengan baik.''

Kenyataan ini amat bahaya kerana menganggap ulama silam tidak pandai sedangkan dengan sebab merekalah semua ajaran Islam dapat dinikmati pada hari ini. Mereka adalah bertaraf al-hafiz yang mampu hafal hadis 100,000 hadis malah ada yang bertaraf Amirul Mukminin Fil-Hadis dituduh secara mudah sebagai cetek ilmu oleh Dr. Abdul Hayei yang tidak bertaraf al-hafiz.

Dalam satu sabda, Nabi s.a.w menyatakan bahawa ilmu ditarik dengan matinya para ulama. Oleh itu, dalil ini terang dan jelas menunjukkan ilmu pada hari inilah yang cetek kerana sudah ramai ulama dalam tempoh 14 abad hijrah telah meninggal dunia. Bukti lain pula, banyak kitab-kitab ulama silam telah turut musnah sama ada dirosakkan akibat perang atau lain-lain. Secara hujahan kampungan, sekiranya Dr. Abdul Hayei beranggapan demikian kenapa semasa buat ijazah sarjana (MA) dan Ph.D, Dr. guna kitab lama sedangkan Dr. meremehkan mereka.

Ini adalah satu kecelaruan. Sekalipun Dr. bertempat maka mengikut etika keilmuan Dr. tidak patut bercakap tentang perkara yang bukan keahlian Dr.

Sekiranya Dr. mahu campur juga terhadap ilmu yang bukan bidang Dr. maka tunggulah kerosakan. Bertakwalah! Dan ingatlah ilmu adalah satu amanah.

Sehubungan dengan ini, al-Muhaddith Dr. Muhammad ibn 'Alawi ibn 'Abbas al-Maliki al-Makki, bekas kadi Mekah, pernah menyatakan bahawa sememangnya aku boleh berkata: ''Adakah boleh didapati antara ulama kini yang terdiri daripada lulusan doktor-doktor dan cerdik pandai akan tokoh yang mampu melakukan seperti kerja Syaikhul Islam Ibnu Hajar al-'Asqalani dan al-Imam al-Nawawi?

Kenyataan ini apabila terdapat ulama kini yang mula menyatakan golongan Asya'irah adalah sesat. Untuk makluman pembaca, karya beliau yang bertajuk Mafahim Yajibu An Tushahhah mendapat pengesahan daripada 35 orang ulama serata dunia Arab. Dari segi mutu, ini bermakna jauh lebih tinggi daripada pengesahan sesebuah Ph.d dari mana-mana universiti.

Dengan ini, kenyataan Dr. Abdul Hayei tidak benar sama sekali. Pemikiran Dr. Abdul Hayei sebenarnya yang cetek ilmu kerana tidak mampu membaca semua kitab yang ada di dunia Islam sama ada yang bercetak atau yang berupa manuskrip.

Kenyataan ulama kini tidak mampu membantah hujah ulama silam. Ramai ulama kini hanya mampu merujuk beberapa buah kitab sahaja. Itupun kitab-kitab hadis tersebut tidak diterima secara sah mengikut kaedah riwayat dan dirayah dan ada pula yang berbangga kerana telah mendapat Ph.D sedangkan kajian Ph.D bukan melibatkan semua bidang ilmu malah bersifat cabang bagi sesuatu topik.

Oleh itu, ilmu-ilmu Islam perlu dijaga dengan penuh amanah dan tidak boleh secara sewenang-wenang dikritik dengan hanya berpandukan lojik kerana lojik boleh membawa kepada fahaman Muktazilah.

Diharap Dr. Abdul Hayei mengutamakan kajian ulama silam yang terawal seperti kajian ulama sehingga tahun 500 Hijrah bukan suka memetik rujukan sekunder.

Untuk makluman pembaca, sebahagian kitab Arab yang dicetak mengandungi kesilapan yang tidak diketahui puncanya sama ada berpunca daripada pencetakan atau kerana cetek ilmu pentahkik.

Antara kitab yang terlibat seperti Kanzur Raghibin karya al-Mahalli, Sunan Abi Dawud.

Kitab sirah Ibnu Hisham terdapat lebih kurang 20 cerita sejarah yang daif. Kelemahan-kelemahan ini dapat dikesan apabila sesebuah kitab dikaji secara terperinci dari awal hingga akhir.

Dan penyelidikan saya terhadap sebilangan tesis sama ada MA atau Ph.D didapati untuk merangkul gelaran Dr. hanya perlu mengkaji topik-topik yang terlibat sahaja. Lebih-lebih lagi, berkenaan kajian di bidang sains sosial tetapi seandainya melakukan kajian di bidang sains tulen lebih memerlukan kajian teliti.

Di Malaysia, tidak ramai penyelidik yang bertaraf Ph.D yang melakukan kajian yang hebat. Sebahagian besar hanya sekadar untuk merangkul gelaran tertentu. Setakat ini, dalam bidang keislaman, dalam penelitian saya, antara tokoh-tokoh yang berwibawa dalam penyelidikan seperti Dr. Muhammad Naquib al-Attas, Dr. Osman Bakar, Dr. Muhd. Bukhari Lubis, Dr. Mat Rofa Ismail (dengan kajian utama dalam Sejarah Aritmetik Dan Aljabar Islam), Dr. Muhd. Salleh Yaapar, Ustaz Wan Muhammad Shaghir, Ustaz Datuk Ambak @ Abdul Aziz Ismail (ahli fatwa Negeri Terengganu), Allahyarham al-Mufti Muhammad Nor (tokoh ini diuji pembacaan qiraatnya oleh 20 orang sebelum mendapat ijazah di Makkah dan mendapat sinad ilmu-ilmu Islam daripada Syaikh Hasan Muhammad al-Masyath dan beberapa orang tokoh lagi.

Oleh: MOHD. ZAIDI ABDULLAH
Source :http://www.utusan.com.my/utusan/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Akar sains modern ada pada warisan Islam




SEPERTI apa yang dikemukakan oleh ulama Abdullah Fahim, teras keislaman Melayu adalah tertumpu pada usuluddin (Abul Hasan al-Asy’ari), hukum-hakam (mazhab Shafii) dan tasauf (seperti yang dikemukakan dalam Sair al-Salikin karya Abd al-Samad al-Falimbani).

Ketiga-tiga aspek ini merupakan ciri penting agama Islam sejak zaman-berzaman. Usul fiqh dan kaedah fiqh dan beberapa bidang ilmu utama turut sama berkembang di sampingnya.

Ini juga menyuburkan dunia pemikiran Islam dan bukan semata-mata falsafah Yunani. Pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi bukan semata-mata cedokan Yunani tapi berlakunya penyaringan sekalipun masih belum murni sepenuhnya.

Di saat kelemahan Khalifah Uthmaniah umat Islam semakin terdedah pada kecerobohan dalam segenap segi dari dunia Barat. Suka didedahkan tokoh utama yang mengenali tamadun Barat menurut kaca mata Islam ialah Sheikhul Azhar Hasan al-Attar (w.1835M). Tokoh ini telah merestui muridnya yang terkenal Rifa’ah Rafi’ al-Tahtawi untuk mengkaji pelbagai perkembangan di Perancis.

Inilah ‘cerita sebenar’ cabaran antara Muslim dan Barat yang majoritinya non-Muslim. Jadi, Muhammad Abduh bukan tokoh perintis. Kajian ilmiah yang mendedahkan semata-mata hasil ijtihad Jamaluddin al-Afghani, Abduh dan Rashid Rida untuk mengenali tamadun Barat hanyalah merupakan kajian yang tidak teliti. Ini bukan bermakna mengetepikan langsung jasa mereka.

Akan tetapi, kajian yang tepat akan memandu tamadun Islam mendatang wujud dengan baik.

Hasil daripada fakta ini menunjukkan bahawa ‘akar’ sains moden telah dikenali oleh Sheikhul Azhar Hasan al-‘Attar. Ini dapat dilihat dalam karya-karyanya yang merespons teknologi ketenteraan, mekanik Newton, perkembangan dunia kimia dan seumpamanya.

Ini diakui dalam al-Hashiyah ‘ala Jam’ al-Jawami’ yang dijadikan teks dalam dunia pengajian tradisi dan talaqqi.

Al-Hashiyah merupakan rujukan penting dalam dunia pendidikan Islam tradisi yang telah diperturunkan dalam institusi pondok-pondok di Malaysia (dan juga di Syria). Kajian sains menemui persoalan yang perlu dijawab secara adil dan saksama.

Apakah pendidikan sains di Malaysia hanya belajar untuk menguruskan teknologi dari Barat? Atau, pendidikan sains untuk menemui teori dan perkakasan baru ?

Teori Relativiti dipercayai sekalipun tidak melalui eksperimen. Mengapa kita tidak berani mengkritik bahawa ia sebagai belum bersifat teori tapi masih hipotesis.

Sebenarnya dalam dunia sains kini terdapat dogma kerana kita berasa semua teori mereka telah muktamad. Ini merupakan kesilapan besar bagi pengamal sains dunia ketiga.

Dunia ketiga nampaknya masih ‘dipermainkan’ oleh gergasi pemilik teori dan perkakasan sains. Justeru, ekonomi kita berada di telunjuk mereka.

Adalah menarik untuk diperkatakan bahawa Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) telah memperuntukkan jumlah yang agak besar dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) tetapi sejauh manakah keberkesanannya untuk memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi.

Sementara itu, menyebut as-Shafii dan al-Ghazali bukanlah merupakan retorik politik semata-mata. Ini kerana majoriti intelektual moden menganggap al-Ghazali dan ortodoksnya telah melemahkan dan memundurkan umat Islam yang mana pendapat ini diketuai oleh orientalis Ignaz Goldziher.

Sesuai dengan keputusan penyelidikan yang menyatakan bahawa serangan al-Ghazali terhadap ahli falsafah adalah pencetus kemajuan dalam sains dan teknologi bagi abad berikutnya terutama dari segi penyedaran sikap di kalangan ilmuwan bahawa tradisi falsafah perlu dikritik.

Tokoh antarabangsa yang mengatakan al-Ghazali melahirkan model-model kreatif ialah Prof. Bruno Guiderdoni (nama Islamnya Abdul Haqq) yang merupakan Pengarah Astrofizik Perancis dan Prof. Roshdi Rashed (pakar matematik Islam di Pusat Sains Perancis).

Inovasi pasca-al-Ghazali boleh dilihat dalam Pameran Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam (8-14. Januari di KLCC) seperti Balai Cerap Samarkand dan lain-lain. Menurut Bruno Guiderdoni, kelahiran mekanik kuantum yang menggoncang mekanik Newton memberi peluang kepada aliran al- Ghazali dan Ibnu Arabi untuk ditonjolkan. Di Barat, mekanik kuantum, diungkapkan dalam buku The World’s 20 Greatest Unsolved Problems, bahawa “tanpa idea yang dikemukakan melalui mekanik kuantum, maka tidak akan ada telefon bimbit, pemain CD dan komputer riba. Mekanik kuantum bukanlah satu cabang daripada fizik. Ia adalah fizik itu sendiri.”

Kepentingan di sini ialah warisan tradisi pemikiran yang berada di negara ini tidak harus dipandang semata-mata sebagai warisan tetapi sebenarnya berupaya meneruskan penyelidikan dan pembangunan.

Mana-mana kementerian berkaitan harus sedar tentang kepentingan tradisi dibukukan dalam pelbagai bentuk dan perlu memberikan sokongan.


Oleh: MOHD ZAIDI ABDULLAH
Penyelidik di Pusat Ulum Pondok dan Pencerahan Tamadun.
Sources: http://www.utusan.com.my/utusan/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jangan Terpana Pandangan Mata Terhadap Duniawi





Bila semangat orang yang menuju Allah terhenti pada sebahagian yang dibukakan baginya, suara-suara hakikat akan memperingatkan, “Yang engkau cari masih di depan!” maka jangan berhenti sampai di situ. Begitu pula bila tampak keindahan duniawi, hakikat akan memperingatkanmu, “Kami hanyalah batu ujian, tidak lebih dari suatu fitnah, maka jangan percaya kepadaku!”

Jika kita menempuh ‘ilmu pengetahuan tentang ma‘rifat dan mengamalkannya, tidak menutup kemungkinan akan merasakan dan menjumpai pengalaman-pengalaman batin; pengalaman indera keenam. Pengalaman indera keenam itu misalnya terbukanya tabir sehingga dapat menyingkap perkara-perkara ghaib. Yang mana perkara ghaib itu tidak pernah dialami dan dirasakan oleh orang awam.

Apabila merasakan karamah yang demikian, maka janganlah kita berhenti sampai di situ. Jangan kemudian berasa diri ini sudah sampai pada puncak ma‘rifat.

Sebab perasaan dan pengalaman indera keenam seperti merupakan batu ujian bagi orang yang menempuh jalan ma‘rifat dan yang menuju kepada Tuhannya. Bila hati kita masih kotor dan indera keenam masih tumpul, tentu kita berasa puas.

Namun tidak demikian bagi orang yang mata hatinya berjaga-jaga, ia seakan-akan dibisiki oleh suara hakikat, “Teruskan perjalananmu dalam menempuh ma‘rifat.” Sesungguhnya keajaiban yang tersingkap itu baru sebahagian kecil. Maka seseorang diharapkan untuk selalu meningkatkan ‘amal ibadah dan menempuh jalan itu.

Godaan juga sangat berat dan mematahkan cita-cita orang yang ingin menempuh jalan ma‘rifat adalah jika ia mengalami kemudahan-kemudahan dalam urusan duniawi. Ini juga berbahaya, kerana seseorang cenderung berasa bahawa ia sudah dekat kepada Allah sehingga segala permintaannya (tentang urusan duniawi) sentiasa dikabulkan.

Padahal jika mata hatinya berjaga-jaga, maka suara hakikat akan membisiki, “Kamu (duniawi) hanyalah batu ujian dan fitnah buatmu.”

Keindahan dan kesenangan duniawi merupakan sesuatu yang fana. Namun anehnya, banyak manusia yang terpedaya. Sehinggakan orang yang menempuh jalan ma‘rifat tergelincir langkah dalam menuju kepada Kebenaran.

Hendaknya hal yang demikian itu jangan sampai menimpa kita. Jangan sampai kita ditipu. Kalau sampai terjebak, maka tabir akan tetap menghalangi bagi kita dalam menuju ma‘rifat. Tabir-tabir itu boleh berupa syirik yang samar atau penghalang-penghalang lainnya.

Palingkanlah jiwa dari perkara-perkara kesenangan duniawi. Jadilah hamba yang dapat menjauhi musuh-musuh Allah. Jika kita sudah dapat berpaling dari kesibukan duniawi, membatasi diri dalam urusan dengan manusia yang tidak bermanfaat, maka akhirnya kita menjadi orang yang zuhud. Tetapi bukan bererti harus menolak rezeki Allah. Terimalah dan manfaatkanlah rezeki Allah untuk melapangkan jalan menuju kepadaNya.

Sumber: Ibn Ata’ Allah Al-Iskandari di dalam kitabnya Kitab al-Tanwir fi Isqat al-Tadbir:

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS